Thursday 1 August 2013

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

Politik

- Tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno.
- Perubahan yang dilakukan : gelaran raja ----> maharaja.
- Konsep anak ayurga & mandat dari syurga dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh disnasti-dinasti di China.

Ekonomi

-- Pembinaan sistem pengairan
Pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian & mengelakkan berlakunya banjir. Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. 
Contoh : Sebuah terusan telah dibina di Szechwan
Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini, petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.

Sistem Tulisan

- Masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
- Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
- Tulisan ini diajar di sekolah-sekolah di China.
- Berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.


Kepercayaan : Pemujaan roh nenek moyang

- Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas, dan barangan perhiasan. 


Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian : Upacara perkahwinan, perburuan ataupun pengkebumian.


Pengamalan falsafah perang Sun Tzu

- Karyanya, the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menangani musuh telah diulang cetak ke pelbagai bahasa. Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.  

  

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment