Sunday 21 July 2013

Tamadun Hwang Ho --- Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho (III)

Agama dan Keperluan 
- penyembahan roh nenek moyang
- menyembah tuhan syurga (Shang-Ti) dan tuhan bumi (Tu)
- penyembahan terhadap sungai, bukit, gunung
Upacara penyembahan - permainan muzik, tarian, upacara korban
Jumpaaan tulang binatang - tulang oracle 
                                       - meramal sesuatu keadaan


Sistem Tulisan 
amalan penilikan tulang oracle ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan
Tulisan China berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol

Tamadun Hwang Ho --- Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho (II)


Pengkhususan Pekerjaan 
Tentera - tentera yg menggunakan kereta kuda
            - tentera berjalan kaki
Petani - tonggak ekonomi
Golongan artisan - cipta barangan tembaga (bekas minuman & makanan, senjata, dan barang tembikar)
Hamba - tentera paksaan
            - membantu kerja-kerja perburuhan(bina istana/pengaliran)
            - untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan
\


Sistem Pemerintahan 
Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja.
Pengganti raja selalunya saudara lelaki 
Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi sosial dan agama

Masyarakat tamadun ini percaya yang kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.

Mandat daripada tuhan - masyarakat Hwang Ho percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintahan itu direstui tuhan. Mereka percaya pemerintah Shang telah kehilangan mendat itu kerana mereka berlaku zalim.

Raja-raja Dinasti Chou - membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah
                                    - mengikat pembesar melalui ikrar taat setia
                                    - memberikan hadiah (kereta kuda, senjata gangsa, hamba, binatang)
                                    - pembesar diminta memberikan bantuan tentera
                                    - pembesar berhak bertindak sebagai ketua agama 

Tamadun Hwang Ho --- Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho


Negara Kota 
Anyang - terletak di kawasan tanah tinggi 
             - terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran
             - raja, pembesar, dan golongan agama tinggal di bandar
             - dilengkapi dgn tembok
             - dikelilingi oleh perkanpungan yg didiami oleh masyarakat petani


Organisasi Sosial 
Petani - mendiami kawasan di luar bandar, iaitu di sekeliling negara kota.
Golongan artisan - penguasaan dalam teknologi gangsa 
gangsa - senjata, perisai, hiasan pada kereta kuda, peralatan utk upacara keagamaan
Golongan pembesar - mampu memiliki tentera & senjata gangsa

Tamadun Hwang Ho --- Kerangka Masa


Kemunculan tamadun ini dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dokenali sebagai Peking Men.

Jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik.

Dinasti beraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia.

Pada penghujungan pemerintahan Dinasti Shang muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang.

Ini telah mendorongkan suku Chou mengambil kesempatan untuk menyingkirkan pemerintahan Dinasti Shang dengan Dinasti Chou.

Tamadun Hwang Ho --- Lokasi


Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning.

Hwang Ho - sungai kedua terpanjang di China
                  - terletak di bahagian utara
                  - mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke timur
               
Lokasi tamadun ini jauh daripada pusat-pusat tamadun dunia yang lain.